CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 18 March 2015

USAH BERSEDIH...

USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

Monday 2 March 2015

Saya nak sihat? Saya mesti sihat?


Impian tanpa tindakan = angan-angan.. Boleh gtu? Buat lah impian byk mana pun kalau tak ada usaha @ tindakan, takde maknanya kannn.. X nampak pun & tak ada kesan pun lah. Saya NAK sihat @ saya MESTI sihat?
Tak semua orang ada kesedaran untuk jaga kesihatan ni, even yang ada kesedaran pun belum tentu ada tindakan. Walau kerja doktor sekalipun, yang tengok orang sakit sepanjang hari pun belum tentu ada kesedaran untuk jaga kesihatan. Ini realiti eh.. Ingat doktor tu semua sihat ke? Penyakit macam2 jugak tau.. Pernah dengar pakar jantung meninggal sebab sakit jantung? Doktor kena stroke? Doktor ada darah tinggi, kencing manis, segala mak nenek punya penyakit la. Hehehehe.. Realiti tetap realiti.

Saya NAK sihat.. Knp? Ramai yang nak sihat ni kan. Sebab apa? Nak kekal berkualiti.. Kan?  Taknak makan ubat, taknak masuk hospital, taknak membazir duit, taknak menyusahkan orang, taknak hidup susah. Apa lagi? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan kita sentiasa sihat ni? Pemakanan jaga tak? Exercise berapa kali seminggu? Merokok ke tak? Cakap memang senang je kan, modal air liur, tapi nak buat tuuu.. Huuuu.. Kalau anda memang org yg sgt mementingkan kesihatan, sanggup buat apa sahaja untuk kekal sihat tu, memang tabik toing..toing.. Alhamdulillah :-)  sebab saya sendiri  pun masih berusaha untuk menyihatkan tubuh badan, mental & fizikal. Huahuahua..

Anda kategori NAK sihat ke MESTI sihat? Yang mana lagi 'power' kesannya?  Dulu saya NAK sihat, sekarang saya MESTI sihat.. Dulu masa muda2, badan pun boleh kata fit lagi la :-) tak terasa sangat nak menjaga tubuh badan ni.. Skrg ni bila umur dah meningkat, dah masuk 3 series ni, badan pun dah mula layu baru lah nak terasa " x boleh jadi ni ".... Kita xkan tahu nikmatnya sihat selagi kita x sakit.  Saya rawat orang sakit, saya kesian kt org sakit tu, kat family dia..saya NAK sihat sbb sy xnak jadi macam pesakit2 saya tu.. Ada kesedaran tapi tindakan tak seberapa.. Bila saya sakit, family saya sakit, barulah terasa saya MESTI sihat. Sebabnya???  Banyaakkkkk hal terjejas tau. Jadi mak ni lagi la kena sihat.. Tetiba anak2 sakit, memang sah2 nak mak nya jugak, bila husband pun sakit, diri sendiri pun sakit jugak, siapa lagi yang nak menjaga keluarga ni???  Sakit makan ubat.. kalau ubat tu berkesan, kalau tak berkesan??? Kesian lah...sgt kesian.. Duit memang nak habis, cari ubat macam2, sihat nya x jugak..nak buat apa2 pun dah terhad.. Nak jaga family, kemas rumah, pergi kerja, beribadat... Kalau x sihat boleh buat semua tu? X bolehhhhh..  Masa tu la baru terasa pentingnya jadi sihat ni kan. Baru la nak tersedar lebih sikit. Duit banyak pun tak guna tau kalau kualiti hidup dah menurun.. kalau nak disenaraikan kenapa kita MESTI SIHAT memang banyakkkk.  Jadi apa pilihan kita? Hidup ini juga adalah pilihan.. kita yang menentukan siapa kita, di mana, bagaimana dan ke mana kita nanti..

Tepuk dada tanya segala :-)

Blogging oh blogging...


Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog kan, rindu nak menulis tapi asyik x sempat je ( yer la tu... Betul laaa :-p ). Banyak cerita mak nak berkongsi nih, mana satu nak mula ye, hehehe.. Mmmm, cari ilham dulu.. Daaa

Wassalam :-)

Wednesday 17 September 2014

KENAPA AKU?



Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter. 

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. 

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. 

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. 

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba 
jadi orang lain.


Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Ketulan di payudara. Kanser ke?



Apa perasaan kita apabila tiba-tiba terasa seperti ada ketulan di payu dara? Kenapa? Sejak bila? Kanser ke? Tak kot.. Tapi kalau betul kanser? Macam mana? Ada orang bertindak cepat dengan melakukan pemeriksaan payudara sama ada di klinik@ hospital swasta @ kerajaan. Bagus tindakan tu. Sekurang-kurangnya dah tahu kan apa masalah sebenarnya @ diagnosis. Tidak lah tertanya- tanya kan? Tapi ada juga yang takut? tak kisah? nak tengok dulu? memilih untuk tidak berjumpa doktor. Tapi hati tu tenang ke? Atau kepala berserabut duk fikir kanser ke tak? Bahaya ke? Jangan tunggu dah teruk baru nak buat rawatan ye. Kesian kat diri sendiri tu. Allah bagi tubuh badan pinjaman je tau, amanah untuk kita jaga betul-betul. Jangan la menzalimi diri sendiri. Kos dan proses untuk menjaga kesihatan memang jauh lebih berbaloi daripada  untuk merawat. Jumpa doktor, pastikan apa masalah sebenarnya, kalau setuju dengan rawatan disyorkan, boleh proceed, kalau tak setuju pun, kami tiada paksaan. Kami berkongsi maklumat tetapi keputusan di tangan anda. Jangan takut "...nanti ntah apa2 doktor buat..." ya. :-)

Mempunyai ketulan di payudara bukan masalah yang jarang-jarang berlaku. Saya boleh katakan setiap minggu ada pesakit yang datang dengan ketulan di payudara, dirujuk sama ada dari klinik kesihatan atau klinik pakar pembedahan untuk dilakukan prosedur FNAC (fine needle aspiration cytology). Saya  pernah dapat rujukan lebih daripada 5 orang pesakit dengan ketulan di payudara ni dalam masa satu hari. Dalam SATU HARI ye. Jangan terkejut. Prosedur ni kami buat setiap hari. Jadi agak-agaknya berapa ramai yang ada masalah ini. Belum kira yang tak datang untuk pemeriksaan. Kebanyakannya ialah golongan yang berumur antara 17 - 45 tahun. Muda lagi kan? Dan ada sebahagian daripada mereka ini memang ada kanser yang bahaya. Anak baru seorang dua tapi dah kena kanser bahaya yang mana berkemungkinan dah merebak, perlu buat pembedahan buang payudara, menjalani kemoterapi, rawatan susulan yang tak tahu lah berapa lama ye. Kalau kanser ini dapat dikesan di peringkat awal mungkin hanya perlu buang bahagian kanser sahaja ( wide local excision ) dan tidak perlukan kemoterapi. Jujurnya, kemoterapi menyakitkan :-(


TAPI.....lebih ramai pesakit  ada ketumbuhan yang tidak bahaya sebenarnya :-) ketumbuhan yang kami panggil benign lesion. Boleh jadi fibroadenoma, cyst, fibrocystic disease, galactocele.......kadang-kadang "ketulan" tu bukan sebenarnya ketulan, hanya tisu payudara yang menebal..semasa mengandung, menyusukan anak mungkin.

Sentiasa lakukan pemeriksan sendiri payudara ya.




Kalau kanser, BIASANYA ketulan tu
- keras
- tidak boleh digerak-gerakkan @ melekat ke kulit atau struktur dalam payudara
- boleh menyebabkan puting tertarik ke dalam @ perubahan pada kulit
- keluar cecair daripada puting
- sakit @ tidak sakit
- membesar dengan cepat ( contohnya dalam masa seminggu dua, membesar dari saiz
syiling 20 sen ke saiz telur ayam)

Ini kanser berbahaya,

   L




Kalau ketumbuhan yang tidak bahaya, BIASANYA ketulan tu
- firm @ cystic
- bergerak - gerak @ tidak melekat
- sakit @ tidak sakit
- tiada perubahan pada puting @ kulit
- tidak membesar @ membesar perlahan - lahan ( bertahun-tahun )
- boleh membesar sedikit @ sakit beberapa hari sebelum datang haid
- boleh "hilang dan ada balik" :-)





Jadi, rajin-rajinlah buat pemeriksaan sendiri ya. Kalau diri sendiri tak jaga, siapa lagi nak tolong jaga kan :-) 

***SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN*** :-)








Tuesday 16 September 2014

BABY KURANG GERAK..BILA NAK PERGI HOSPITAL??



Ramai juga mommies yang bertanya pasal ni ya :-)  ye lah, for first timer mana ada pengalaman kan.. Yang dah berkali-kali pun kengkadang datang jugak confuse tu.. Ye tak? :-) Kalau tetiba tak rasa gerakan baby tu memang cuak la kan, huhuhu...

".....rasa macam baby tak gerak/kurang gerak je ni, bila nak pergi hospital ye?...."
"....rasa macam baby kurang gerak, tapi belum cukup 12 jam, boleh pergi hospital check ke? ..."
"...kalau pergi hospital doktor/nurse marah tak?.."

Jawapan SAYA...... PERGI JE CHECK CEPAT2..  Buat ctg ke scan ke.. Sure x sure.. Pergi check baru confirm.. Staff nak marah?? Biarkan..atas sebab apa?? We as doctors memang give more attention to pregnant mothers & babies ya.. Kiranya keutamaan lah. PERLU TAHU... BABY SANGAT CEPAT DETERIORATE..sekejap je boleh jadi teruk keadaannya.. Jadi jangan lah tunggu lama-lama.. Kalau zaman saya jaga screening dulu, mothers yang datang complaint baby kurang gerak, kitorg buat ctg & admit untuk observe at least satu hari..kalau rumah dekat dengan hospital, ada kenderaan (mudah nak datang hospital), ada orang jaga ( bukan tinggal sendirian ) bolehlah bagi balik untuk observe sendiri, provided CTG graph menunjukkan jantung baby 'cantik'..

TAPI, kena lah tahu bila mula kira gerakan baby..kalau datang sebelum 7 bulan, cakap baby kurang gerak, tak mustahil lah ada staff yang 'sound' ye, huhu..


*Image googled*
Pergerakan baby mula-mula boleh rasa masa kandungan 16 - 20 minggu. Kita panggil 'quickening'. Pergerakan ni tak jelas sangat, macam jentik dgn jari gitu, so boleh miss juga. Kalau untuk primigravida (ibu mengandung anak pertama), 'quickening' ni lambat sikit.. 18-20 minggu. Masa ni alert la sikit, kot2 teras dinding perut dijentik ke, ehe.. Tapi masa ni belum masanya untuk kira pergerakan baby ye.

Kira gerak bayi ni bermula pada minggu ke 28-30..masuk 7 bulan ya baru kira. Kebiasaannya gerak bayi di kira dalam tempoh masa 12 jam ( 9 pagi - 9 malam ) & wajib cukup 10 gerakan. Kalau terasa gerakan baby yang continous selama beberapa saat @ minit, itu dikira satu pergerakan je ya.kalau ada jarak beberapa minit baru di kira gerakan lain. Sekiranya gerakan baby cukup 10 lambat daripada biasa, disyorkan untuk pergi check juga. Sebagai contoh, kebiasaannya gerakan baby cukup kiraan 10  pada pukul 3 petang, pada satu hari dikira gerakan baby cukup 10 pada pukul 9 malam..kalau jumpa saya untuk check jantung baby, saya tak marah :-)  kalau tak cukup 10 dalam tempoh 12 jam tu (9pagi-9malam) memang saya marah...kalau tak pergi hospital terus..huhuhuhu..

Kalau rasa baby kurang gerak je, main-main @ gosok gosok @ tolak-tolak sket perut tu..kadang-kadang baby tido. Kalau mak belum makan, baby lapar, kurang gerak juga. Jadi mommies kena alert lebih sikit ye masa pregnant ni. Ada nyawa dalam perut kita ni.. Kalau yang ada masalah kesihatan contohnya kencing manis, darah tinggi, lagi lah kena lebih berhati-hati..

Monday 8 September 2014

MADRASATUL QURAN TANJUNG BENTAN (MAQTAB)


Bismillah..

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. Suka hati ini melihat perkembangan MAQTAB.. Walaupun fasa pembinaan berjalan sedikit demi sedikit tetapi apa yang lebih penting adalah perkembangan ilmu itu sendiri.. Bak kata suami saya, "MADRASAH" bukan letaknya pada gahnya bangunan itu, pada pembangunan infrastruktur yang lengkap, yang indah di mata, tetapi letaknya pada "HASIL" @ "PRODUK KELUARAN" madrasah itu sendiri.. Sejauh mana para huffaz berjaya menghafaz dan mengekalkan apa yang yang dihafaz, membaca dengan lancar walaupun setelah bertahun-bertahun meninggalkan perkarangan dan dunia madrasah, itulah cabaran sebenar para hafiz dan hafizah :-)

Saya bukan seorang hafizah, bukan dari keluarga yang bergelar hafiz @ hafizah..madrasah adalah sesuatu yang baru bagi saya...saya tak tahu macam mana kehidupan madrasah, apa cabarannya, tetapi saya yakin dengan rasa hati saya, keinginan saya yang ingin sama2 berada dalam kehidupan yang baru ini, kerana Allah, insyaAllah :-)